Thursday, April 1, 2010

petanda marah

ramai antara kita masih kurang memahami keadaan seseorang sedang marah. kali ini aku akan kupas mengenai situasi manusia dalam keadaan marah
  • muka seseorang dalam keadaan kelam, pucat. dalam keadaan ini, jangan kita melawak tak tentu hala andai tidak mahu dipanggil b***n
  • pergerakannya adalah terhad. hanya mata saja terkebil-kebil, macam ayam jumpa biawak. dalam keadaan ini, dia berpotensi untuk dipukul sekiranya melakukan sesuatu di luar jangkaan haiwan berbisa.
  • mulutnya banyak memanggil hidupan liar daripada ingat kepada kematian. situasi ini sukar diramal oleh manusia biasa. hanya pakar yg dapat mentafsif pemikiran si pemarah.
  • pakaiannya menjadi pucat. ini merupakan petanda yg sangat jelas. pada situasi yg sangat marah, atau tahap 3, semua pakaian menjadi colourless, tanda bantahan terhadap si pemakai.
  • mata dalam keadaan merah, seperti bola snuker. keadaan ini dipanggil, seperti lembu menhidu darah. dalam situasi ini, dorongan darpda org yg paling dekat diperlukan.mengikut kajian, pada situasi ini, potensi membunuh adalah sangat tinggi. sama ada dirinya terbunuh, atau org lain dibunuh, adalah bergantung pada takdir.
berikut merupakan beberapa keadaan yg sering dialami oleh manusia apabila menjadi marah. semoga, info-info ini mampu membantutkan situasi marah seseorang.

p/s: otakpanas

2 comments: