
Pen merupakan aset paling bernilai kepada semua makhluk di atas planet bumi ini. Tanpa pen, mak cik kerani staf KKF mungkin mengalami kesukaran bernafas unuk mencatit kesalahan student yang membawa masuk meja ke dalam bilik. Tapi kadang-kadang kita hampir lupa akan iklaneka syarikat pen yang tidak menguntungkan kita semua. Boleh dikatakan semua pen pada masa kini tidak lagi selamat digunakan, tambahan lagi pen-pen yang berkuasa tinggi. Menurut kajian Malaysians Reader, semua jenis pen yang dipasarkan di Malaysia tidak mempunyai standard keselamatan yang tinggi berbanding Negara-negara ketiga yang lain. Sebab itulah pen-pen selalu hilang. Pada pandangan aku sebagai pengguna pen yang tegar malahan sangat daif lagi miskin pen-pen berkuasa masa kini, disarankan agar dewa parlimen meluluskan akta untuk meluluskan standard pen yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang paling optimum dan maximum. Misalnya, penjualan pen-pen dalam Negara mestilah mempunyai alarm. Diharapkan juga, pihak polis lebih peka dengan perkara-perkara yang membabitkan masalah dalaman pengguna pen masa kini.
No comments:
Post a Comment